CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 19, 2008

AkTiViTi PuKaT TariK

Pukat Tarik

Pengalaman unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga. Bayangkan betapa seronoknya bersama kawan-kawan menarik pukat di pantai (tentunya dengan bantuan Tekong yang pakar), kemudian sama-sama menikmati hasil tangkapan anda! Mmm... BBQ di bawah hembusan bayu dan bisikan ombak. Dan, jika anda bernasib baik, hasil tangkapan boleh dijual bagi meringankan perbelanjaan anda semasa bercuti.

PANGKOR RIMBA KEM

Pangkor Rimba Kem

Pangkor Rimba Kem - satu-satunya resort di Teluk Nipah yang letaknya di tepi laut. Sesuai untuk program perkhemahan dan latihan. Menyediakan dewan berhawa dingin yang boleh menampung sehingga 300 peserta. 4 jenis penginapan disediakan: Chalet, Mini Chalet, Dorm dan khemah. Alami suasana berada di tengah-tengah alam semulajadi.



aKtiViTi Di PaNgkOr..


Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.
Aktiviti unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga.
Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling, boat trip, dsb.
Selain sukan laut, Pulau Pangkor juga cukup ideal bagi penggemar sukan lasak seperti jungle trekking, abseiling, flying fox dan ekspedisi berbasikal.

JoM KiTa JeLaJaH pAnGkOr!!!

Lawatan & Aktiviti

Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan...

Tempat-tempat untuk dikunjungi:

Lapangan Terbang Teluk Dalam
Kilang Satay Fish SPK
Tukang bot SPK
Taman Fu Lin Kung
Pekan Pangkor
Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
Teluk Segadas
Pantai Pasir Bogak
Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
Monkey Bay
Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
Pasir Giam (Coral Bay)
Teluk Man
Taman Lin Ji Kung
Pantai Puteri Dewi
Pulau Pangkor Laut

Wednesday, April 16, 2008

KEMUDAHAN..

Di Pekan Pangkor terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!
MEMBELI-BELAH
Membeli-belahPemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.
MAKANAN
Makan-makanKedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim 'n' Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a'la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.
PENGANGKUTAN
PengangkutanUntuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

PENGINAPAN

Bagi para pengunjung usah risau dengan penginapan.. Pulau Pangkor menyediakan pelbagai jenis penginapan yang boleh anda pilih mengikut keselesaan dan citarasa..


Hubungi :

Telefon
FARID (BOY) 019-6669252, 012-6089252

Faks
05-6881252

Alamat Pos
No.1928 Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan

Mel Elektronik
pulauimpian@yahoo.com.my


Bagi tempahan Pakej dan tempahan 4 bilik ke atas, bayaran deposit sebanyak 50% hendaklah dibuat secara on-line ke dalam Akaun:
Pulau Impian Enterprise No. Akaun Maybank 558293402612

TELUK SEGADAS

Segadas Adventure Camp




Perkhemahan di pinggir belantara. Menjanjikan pengalaman yang tidak ternilai kepada pencinta alam dan sukan outdoor. Kawasan ini belum dicemari pembangunan tetapi kemudahan asas pemberian alam semulajadi adalah mencukupi. Pantai ini berhadapan Pulau Sembilan.


Antara aktiviti disediakan termasuklah kayak, boating, abseiling, repelling, jungle trekking, flying fox dan memancing.