CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 19, 2008

aKtiViTi Di PaNgkOr..


Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.
Aktiviti unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga.
Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling, boat trip, dsb.
Selain sukan laut, Pulau Pangkor juga cukup ideal bagi penggemar sukan lasak seperti jungle trekking, abseiling, flying fox dan ekspedisi berbasikal.

0 comments: