Di Pekan Pangkor terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!
MEMBELI-BELAH
Membeli-belahPemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.
MAKANAN
Makan-makanKedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim 'n' Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a'la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.
PENGANGKUTAN
PengangkutanUntuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.
0 comments:
Post a Comment